TEAM'S DE'LEOPARD BORNEO

sebuah group anak anak jati borneo (sabah & sarawak ) yang dinamakan Team's De'leopard Borneo..group ini merupakan salah satu wadah atau laman sosial bagi mengeratkan hubungan silaturahim di antara anak-anak jati borneo yang merantau jauh di tanah malay semanjung..hubungan kekeluargaan di tanah semanjung sangat diperlukan untuk berkumpul bersama-sama dalam pelbagai perayaan dan aktiviti sosial amnya..ramai warga anak jati borneo yang berada di tanah semanjung samada yang berkerja mahupun yang sedang melanjutkan pelajaran..jadi group ini ditubuhkan sebagai medan perhubungan dan berintraksi antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama..group ini juga bebas daripada sebarang kegiatan jenayah atau sama waktu dengannya..apa yang penting Hidup 1 Borneo yang harmoni..jadi sama-sama lah kita eratkan hubungan silaturahim..

Sunday, April 15, 2012

Misteri Suara Dari Langit di Kota Samarahan Terjawab?


Suara aneh dan menakutkan dari langit atau Dengkuran Gergasi yang berlaku di Kota Samarahan, Sarawak, baru-baru ini mungkin merupakan satu amaran kepada umat Islam di akhir zaman ini.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, setiap umat Islam wajar mengambil iktibar atas kejadian-kejadian ganjil yang berlaku yang mungkin menjadi petanda kemurkaan Allah atas dosa-dosa yang dilakukan selama di muka bumi ini.

“Setiap yang ganjil berlaku di dunia ini wajar diambil iktibar oleh semua umat Islam..mungkin ia adalah amaran kepada kita.. Rasulullah pun ada sebut kita ni umat akhir zaman, banyak petanda yang sudah berlaku. 

Kita perlu merenung diri bermuhasabah diri..terlalu banyak dosa yang kita lakukan, kita merupakan umat paling maju dan bertamadun.., namun kita lupa Tuhan, kita semakin kufur padaNya, malah ada suara-suara yang berani mencabar Allah sekarang ni.”

Tidak menolak kejadian aneh tersebut sebagai salah satu petanda akhir zaman, Harussani turut menjelaskan bahawa beberapa perkara lain yang disebutkan Rasulullah SAW telah berlaku yang menguatkan dakwaan tersebut.

“Dah banyak petanda akhir zaman dah berlaku..hukuman yang pernah diturunkan Allah pada kaum-kaum terdahulu pun dah terjadi juga pada zaman sekarang. 

Rasulullah ada sebut dulu.., ada orang yang akan tenggelam dalam bumi, dah berlaku kejadian manusia mati tenggelam dalam tanah runtuh.., gempa bumi pun makin kerap berlaku, tiap-tiap bulan kita dengar ada gempa bumi. 

Anak-anak zina pun makin ramai, dah berpuluh-puluh ribu dah.., dunia pun dah ada angin ‘sar-sar’, angin ‘sar-sar’ ni ialah angin batu, sekarang ni pun dah ada dah berlaku bencana ni.., angin ‘sar-sar’ ni dulu diturunkan Allah kepada umat Nabi Luth,” ulasnya lagi.

Justeru, Mufti Perak itu menasihati umat Islam agar mengambil iktibar di atas segala kejadian yang berlaku kini dan bermuhasabah diri serta kembali kepada agama Allah yang sebenar sebagaimana yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.

Insiden ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang berlaku di Kota Samarahan tersebut heboh diperkatakan di seluruh dunia dan dilaporkan pernah berlaku di Aaborg, Denmark dan Sweden pada tahun lalu. 

Ekoran kejadian tersebut, timbul pelbagai andaian dari masyarakat umum yang mengaitkannya dengan fenomena akhir zaman dan merupakan petanda besar bahawa hari kiamat sangat hampir tiba sebagai pengakhiran dunia.

Selain itu, timbul juga andaian yang menyatakan bahawa insiden kejadian aneh itu berpunca dari sebuah program yang dikenali sebagai “High Frequency Active Auroral Research Programme” (HAARP) yang dianjurkan oleh Amerika Syarikat secara rahsia.

Bagaimanapun, tiada bukti yang menyokong hujah HAARP tersebut memandangkan kejadian itu berlaku di merata dunia dan amat mustahil melibatkan program yang berpengkalan di Gakona, Alaska tersebut. 

Ikuti sekali lagi video kejadian aneh suara pelik dari langit di Kota Samarahan Sarawak. Menyeramkan!

No comments:

Post a Comment